Titah Sultan Hassanal_Bolkiah

Beberapa petikan titah Sultan Haji Hassanal Bolkiah:

SUNGGUH hairan, orang masih saja boleh ketawa, walaupun ribuan para belia dan remaja, lelaki dan perempuan tidak sembahyang subuh, padahal mereka juga mungkin sudah faham dan malah tahu bahawa dua rakaat sembahyang sunat subuh sahaja pun, nilainya mengatasi harga dunia ini dengan segala isi di dalamnya.

- Titah mengenai Kepentingan Ibadah pada 31 Julai 2013

ALLAH mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.

- Titah Sempena Rombakan Keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan Pelantikan-Pelantikan Baru pada 9 Muharam 1437/22 Oktober 2015

PENDIDIKAN generasi muda di rumah dan di sekolah juga jangan diabaikan. Kerana pendidikan itu, terutama pendidikan ugama, adalah tonggak untuk memperolehi kekuatan.

- Titah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-31 pada 4 Jamadilawal 1436/22 Februari 2015

KITA usah lupa, bahawa semua ibadat adalah dituntut, terpulang kepada kita sama ada hendak memenuhi tuntutan itu ataupun tidak. Jika kita mahu memenuhinya, bererti kitalah hamba yang patuh, sementara jika tidak, maka kitalah hamba yang bernama pembantah.

- Titah Sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1436/2015

TIDAK syak lagi, doa adalah 'survival' kita, 'survival' negara. Makanya tradisi mengisi Tahun Baru Hijrah dengan doa ini adalah wajar diteruskan dan malah dikekalkan.

- Titah Sempena Menyambut Awal Tahun Baru Hijrah 1437 pada 1 Muharam 1437/13 Oktober 2015